Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam "Kedai Stormreaders". Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.
Memulakan Perniagaan dengan e-Net
E-Net merupakan sebuah laman dimana ahli yang mendaftar sebagai ahli, usahawan atau rakan usahawan akan mendapat sebuah akses masuk ke eNet Stormreaders. Ianya disediakan untuk kemudahan anda menguruskan perniagaan anda melalui online. Semua teknologi ini desediakan bagi memudahkan anda menjalankan perniagaan dengan lebih efektif dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan pin sementara. Sebaik sahaja anda mendaftar diri dengan Stormreaders melalui mana-mana Usahawan Stormreaders, anda akan diberi pin sementara untuk akses masuk ke e-Net anda. Anda boleh log-in melalui laman web www.stormreaders.com. Selepas itu anda dikehendaki menukar kata laluan. Kata laluan baru hendaklah diingati oleh anda dtetapi tidak mendedahkanya kepada sesiapa. Di e-Net, pelbagai kemudahan disediakan antaranya mempebaharui profil, melihat mata keuntungan, melihat pelanggan e-Store, menghantar masej, muat turun file dan pelbagai lagi. Berniaga secara online memerlukan alat komunikasi pengantara untuk memudahkan urusan komunikasi. Sebagai inisiatifnya, anda diwajibkan untuk memiliki sebuah alamat e-mel sendiri dan perlu dimaklumkan kepada pihak Stormreaders. Segala perkara yang memerlukan dokumenntasi akan dihantar ke e-mel anda. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malahan dapat mempercepatkan lagi masa anda. Bina Karier Usahawan STORMREADERS |